CATATAN SILAM
---------------------kembali ke permulaan----------------------

26 julai 2002 - jam 1011 pagi

MAAF KAWAN...
dah lama aku tak baca jurnal kengkawan semua... dekat sebulan rasanya... gengjurnal.net pun dah lama tak update... sibuk sangat agaknya aku nie... sejak keje di cyberjaya nie aku jadi orang sibuk... dan kepala otak makin serabut... dalam kepala dilema antara meneruskan cabaran atau cari sahaja kerja lain... dan aku kena berenti dulu update jurnal pasal bos datang dah... nanti sambung...

okeylah... jam pun dah 6 suku... kejap lagi mahu pulang... aku sebenarnya tak suka untuk menulis kelemahan diri sendiri... takut dipandang lemah... tak suka menulis tentang kekuatan diri... takut nampak angkuh... tulis yang sedang sedang ajelah... yang penting sederhana...

nak ucapkan tahniah pada tahrizi yang telah selamat menamatkan zaman bujangnya... semoga berkekalan dan bahagia sepanjang hayat... insyaAllah esok aku cari helah supaya dapat sama sama meraikan hari bahagia kau... kalau ada rezeki... aku sampai disana...



hosted by DiaryLand.com

-----------------------------------------------------------
khairul azmi kamaludin | catatan seorang budak hitam
gelap betul kat sini. orang kata kat tempat gelap ada banyak hantu.
cuma tak tahu sapa hantunya. ada sesetengah orang sudah mati tapi jasad masih hidup.
itu kes mati jiwa. putus chenta kot.