25 jun 2002 - jam 1204 pagi
KINI AKU MENJADI WARGA CYBERJAYA
mulai semalam aku menjadi warga cyberjaya... keje kat cyberview project office di msc headquarter... namanya memang best tapi kawasannya sunyi... takde orang sangat... aku ingat lagi petang tadi... monyet dok berjalan atas bumbung pejabat... aku cuma bimbang satu hari nanti mereka cuba pulak membawa motor aku... dah la kat situ aku sorang jek bawak motor... okeylah tu... jimat minyak dan tol... [sebenarnya nak beli kete takde duit... hehheeh...]
pagi tadi kol 10 orang opis tu telepon... dia tanya bila boleh setat... aku kata bebila ajek... dia kata... awak datang pukul 2 boleh... gulp... boleh... kata aku... tidak boleh tidak...
dari sg buloh ke cyberjaya amik masa 1 jam... perjalanan kira-kira 55 kilometer... itupun maintain bawak 110 km/j... sekali sekala terasa nak tercampak ajek bila lori yang besar memotong...
semoga aku jadi rajin lepas nie... kehidupan baru bermula dan aku tak nak ia berakhir terlalu cepat... aku kena sabar sket... sebab bos aku dijangkakan seorang yang tegas... sabar mie... kalau buat keje okey... sapa nak marah... yang marah tu kalau tak okey... sendiri mahu ingat la...
insyaAllah lepas nie aku akan menetap bersama seorang sahabat di serdang... aku tak larat nak ulang alik... mahu patah pinggang aku... dari sungai buloh ke cyberjaya...
marah ? pegi amik wudhuk... kalau berdiri elok korang duduk...
|