CATATAN SILAM
---------------------kembali ke permulaan----------------------

13 februari 2003 - 1215 tengahari

RAYA KORBAN

tahun nie aku sambut raya korban kat sg buloh aje... tak balik kampung pun... kebanyakan kawan2 semua balik kampung... bosan dan sunyi betul dok rumah nie... nasib baikada sedara mara dtg belah petang... terhiburlah jugak...

semayang raya ? heheehe... tahun nie aku gagal... aku sampai kat masjid org dah semayang... dan berpuluh2 org lagi tak sempat semayang pasal masjid dah penuh... dlm pukul 10 aku pegi semula ke masjid... tengok ibadat korban... ada 1 unta, 5 lembu dan 4 kambing... aku tolong jugak... tolong tengok ajek... ramai sangat dah orang tolong...

aku bosan sungguh... nasib baik kat ntv7 ada tayang citer best jam 230 petang... cinta 200 ekar... tehibur jugak citer aku... macam hampeh aje citer tu... pada aku raya tahun nie biasa ajek... cuma aku rasa aku turut terkorban tahun nie... terkorban dek kelemahan diri sendiri


MATAHARI DAN BULAN

kalau boleh... matahari mahu terus menyinari alam
tetapi matahari perlu ingat
bila senja matahari akan terbenam
memberi laluan pada sang bulan

namun matahari masih terus bersinar
menyinari bulan yang sebenarnya tiada cahaya
dan setiap pagi
matahari pasti bersinar lagi
cuma bezanya
sinarnya semakin terang atau semakin gelap

biarlah terang atau gelap
kehidupan mesti diteruskan
semoga sinaran matahari mampu menyinari terus ke hati



hosted by DiaryLand.com

-----------------------------------------------------------
khairul azmi kamaludin | catatan seorang budak hitam
gelap betul kat sini. orang kata kat tempat gelap ada banyak hantu.
cuma tak tahu sapa hantunya. ada sesetengah orang sudah mati tapi jasad masih hidup.
itu kes mati jiwa. putus chenta kot.