11 julai 2002 - jam 0228 pagi
hari ini aku menulis dari utara
apa khabar kawan kawanku semua... harap korang semua sehat... aku sekarang sudah berpindah ke utara... maaf kerana tidak sempat memberitahu semua... sudah 2 hari aku disini... dan aku rasa semakin serasi dengan utara...
aku kini berada di hotel sri malaysia... bersebelahan stadium darul aman... apa yang aku buat disini ? aku kesini kerana tugas... berjuang untuk negara... datang kesini atas kapasiti pekerja... tugasan aku ialah memastikan laman web www.pilihanraya.cc dikemaskini setiap hari...
kau rasa aku gembira kesini? pada mulanya agak berat juga hati ini... tapi malam tadi aku rasa aku boleh teruskan tugas disini... aku kena hadapi cabaran... kena cari berita... kena ambil gambar... malam pula kemaskini laman web... ahhhh... mungkin korang nampak aku penat dan aku memang penat... bila penat emosi sikit... banyak aje yang bemain dalam kepala... aku tak boleh ikut perasaan...
tugasan pertama hari ini ialah meninjau kawasan penamaan calon di Anak Bukit... sementara 4 lagi rakan di kawasan Pendang... hey... itu Anak Bukit aku yang jaga... hahahhhahaah... huwaaaaa.... aku kena jaga sensorang...
esok aku akan keluar lagi... cari berita... ambik gambar... pegi kubu barisan... masuk lubuk pas... aku kini jadi seorang journalist... penat jugak... demi tugas... chewahhh...
aku disini selama 10 hari... 19 julai baru balik... lepas nie kalau ternampak baju terbang tu... aku la tu... okeylah... aku tido dulu... banyak aktiviti esok... pagi kena brekpes ngan pak lah... kol 10 kena bagi ceramah kat anak bukit... tengahari makan ngan ustaz hadi... petang nak ronda kawasan... aku sebenarnya maleh nak bertanding... tapi aku akur dengan keputusan parti... undilah aku... parti cap gorilla... hidup gorilla melayu...
 staf interchannel.net ke pendang... dari kiri sazuli . fuzah . tengku azman . khairull . lupanama
terima kasih pada penulis tamu kerana updetkan jurnal aku... lepas nie kalau rajin... updet lagi...
ini berita pertama aku untuk www.pilihanraya.cc
PENAMAAN CALON ANAK BUKIT TETAP MERIAH WALAUPUN HUJAN LEBAT
ALOR SETAR, 10 Julai - Penamaan calon bagi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Anak Bukit (N.15) telah diadakan di Auditorium Bernas, Anak Bukit pada jam 9 pagi 17 Julai 2002. Semenjak jam 6 pagi, orang ramai sudah mula membanjiri kawasan penamaan calon. Perwakilan Pemuda, Puteri dan Wanita UMNO merupakan kumpulan terbesar memberikan sokongan kepada calon Barisan Nasional selain perwakilan dari parti komponen BN yang lain seperti MCA, MIC, IPPF dan beberapa parti komponen lain.
Barisan Nasional telah menamakan Datuk Zakaria Said sebagai calon manakala PAS menamakan Haji Amiruddin Haji Hamzah.. Pihak keselamatan iaitu Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Polis dan Pertahanan Awam terlebih dahulu tiba untuk mengawal keadaan yang dijangka sesak. Persediaan untuk menghadapi rusuhan dan sebarang kekecohan telah dibuat dengan rapi. Kawat besi dan halangan dibuat untuk memastikan proses penamaan calon berjalan lancar dalam keadaan yang aman. Para peniaga juga telah diarahkan untuk berpindah untuk mengelakkan kesesakan.
Pada jam 9 pagi, Pegawai Pengarah Bahagian Pilihanraya N.15 Anak Bukit membuat pengumuman menyatakan masa penamaan calon dibuka dari jam 9 hingga 11 pagi. Wakil Barisan Nasional tiba pada jam 9.15 pagi. Wakil PAS pula tiba 15 minit selepas itu. Para perwakilan Barisan Nasional tetap berdiri walaupun hujan lebat. Mereka menyanyikan lagu-lagu seperti Negaraku, Semarak Perjuangan dan Keranamu Malaysia untuk menaikkan semangat. Nyanyian mereka diiringi pukulan gendang yang dibawa khas oleh Pemuda Bahagian Gombak. Pihak PAS sentiasa melaungkan takbir dan perkataan reformasi. Beberapa pemimipin PAS seperti Mat Sabu memberikan ucapan untuk membakar semangat penyokong Barisan Nasional. Namun begitu ucapan tersebut gagal mematahkan semangat penyokong Barisan Nasional sebaliknya terus membuatkan mereka lebih yakin.
Penyokong kedua-dua belah pihak tetap tidak berganjak walaupun hujan turun semakin lebat. Hampir 15000 orang berada di kawasan penamaan calon namun keadaan terkawal dengan kecekapan pegawai keselamatan yang bertugas. Keadaan yang sejuk menyebabkan beberapa penyokong telah pengsan. Pihak keselamatan cekap mengendalikan keadaan dan ambulan sentiasa bersedia menghadapi sebarang kecemasan.
Turut kelihatan beberapa orang menteri besar dan menteri kabinet di kawasan penamaan calon antaranya Menteri Besar Kedah, Datuk Sri Syed Razak Syed Zain, Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr.Koh Tsu Koon, Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad dan Menteri Penerangan, Tan Sri Khalil Yaakob. Mereka tidak menghiraukan hujan sebaliknya turut sama melaungkan kata-kata semangat.
Pada jam 11 pagi, Pegawai Pilihanraya mengumumkan masa penamaan calon telah tamat. Masa untuk pengiraan jumlah calon dan sebarang bantahan bermula dari jam 11 pagi hingga 1230 tengahari. Tepat jam 1230 tengahari, 2 calon diumumkan layak bertanding iaitu Datuk Zakaria Said dari Barisan Nasional dan Haji Amiruddin Haji Hamzah dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Tempoh berkempen diberikan sehingga jam 12 malam 17 Julai 2002 dan pada 18 Julai 2002 pemilihan akan dibuat. Semua pengundi yang berkelayakan diharapkan dapat menunaikan kewajipan mereka dalam menentukan kemajuan dan pembangunan kawasan Anak Bukit.
|