CATATAN SILAM
---------------------kembali ke permulaan----------------------

11 februari 2003 - jam 1212 tengahari

MOTOR AKU TUKAR KALER

moto aku kini sudah bertukar warna... dari biru ke merah... ini semua adik aku punya kerja... tak cantiklah warna merah... aku suka biru...


11 februari 2003 - jam 1023 pagi

hidup kita ini hanyalah satu persinggahan... dunia hanya sementara... akhirat kekal selamanya... semoga kita tabah menghadapinya... untuk menerima ketentuan Allah sebenarnya terlalu payah... tapi kita sebagai manusia kena juga terima... aku harap aku mampu terima semuanya... aku anggap ini semua balasan Tuhan di atas dosa-dosa aku sebelum ini... dan aku tahu semua ini ada hikmahnya... cuma aku yang masih belum sedar... semoga aku cepat sedar... semoga apa yang telah berlaku mematangkan aku dan menjadikan aku lebih kuat menghadapi kehidupan... harap kau juga begitu...

Hanya Satu Persinggahan

Di sini kasih pernah berbunga
Tiada harum tiada warna
Di sini cinta pernah membara
Tanpa bahang dan tanpa apinya
Begini yang ku rasa
Hidup kita berdua

Di sini langit mendung selalu
Tiada cahaya menyinariku
Di sini aku tiada berdaya
Mengikut kata tanpa bicara
Kerana engkau tahu
Aku tidak sepadan denganmu

Hubungan kita suatu persinggahan
Bukan pengabadian yang rela
Pemergianku oh kerana terpaksa
Demi hidup yang lebih sempurna
Anggaplah kehadiranku
Hanya satu persinggahan
Aku tidak menjanjikan
Mahligai impian
Sebagaimana kau harapkan

Biarlah jauh dari pandangan
Daripada dekat penuh seksa
Biar berduka biar melara
Dari sengketa sepanjang masa
Janganlah engkau harapkan
Ku menghambakan diri

Nanti kau tahu ertinya sepi
Bagaikan pisau menghiris api
Nanti kau tahu ertinya rindu
Bagai tertusuk duri sembilu
Batin akan tersiksa
Jasad pasti merana



hosted by DiaryLand.com

-----------------------------------------------------------
khairul azmi kamaludin | catatan seorang budak hitam
gelap betul kat sini. orang kata kat tempat gelap ada banyak hantu.
cuma tak tahu sapa hantunya. ada sesetengah orang sudah mati tapi jasad masih hidup.
itu kes mati jiwa. putus chenta kot.