CATATAN SILAM
---------------------kembali ke permulaan----------------------

07 mei 2002 - jam 305 petang

H U J A N

>> h u j a n 1 - tekenang dosa silam

setiap kali hujan turun dengan lebatnya... aku pasti tebayangkan dosa-dosa yang pernah dilakukan... pada aku... hujan yang turun sebagai satu tanda aku banyak melakukan kesalahan... banyak leka dan lalai dengan suruhan-Nya... leka dan lalai dengan dunia... walaupun aku tahu dunia hanya sementara dan akhirat kekal selamanya...

dan setiap kali hujan turun dengan lebat... aku pasti termenung memikirkan apa yang telah aku lakukan selama ini... betul atau salah tindakan selama ini... aku cuba menginsafi diri... bentuk satu kekuatan dalam diri supaya kesilapan silam tak berulang lagi... lihat kesilapan silam sebagai satu panduan untuk satu kehidupan yang lebih bermakna... aku cuba yang terbaik untuk itu... walaupun kekuatan itu masih belum kuat... aku cuba yang terbaik untuk hidup... walaupun selepas hujan berhenti... aku harap kekuatan dan keazaman itu ada...

dan setiap kali hujan turun dengan lebat beserta kilat petir menyambar... aku sentiasa berdoa agar aku diberi peluang untuk hidup beberapa hari lagi... agar aku dapat menebus kesilapan dosa silam... pada aku hujan itu satu tanda kepada kematian... satu bentuk kesedihan... sedangkan aku belum bersedia untuk mati... banyak lagi yang perlu aku lakukan walaupun selama ini banyak masa terbazir... aku masih punya tanggungjawab yang perlu diselesaikan... tanggungjawab pada keluarga... tanggungjawab pada nenek yang mengasuh aku dari kecil... tanggungjawab pada kawan-kawan... dan yang paling utama aku masih belum menunaikan tanggungjawab kepada Allah dengan dengan sempurna... semoga aku diberikan beberapa hari lagi untuk aku betulkan segala kesilapan dan untuk aku tebus dosa silam... semoga aku masih boleh jadi kekuatan untuk mereka yang perlukan aku... dan aku harap tanpa aku mereka masih ada kekuatan...

sesungguhnya aku tak tahu apa yang akan berlaku esok hari


>> h u j a n 2 - aku masih ingat lagi

aku ingat lagi 3 tahun lepas... sedang aku menunggu bas sekitar kawasan chow kit... tetiba hujan turun dengan lebat... kilat sabung menyabung... aku dibawah pondok bas... cari perlindungan dari air hujan... bebila masa sahaja aku dan mereka yang berlindung disitu akan dipanah petir... masa itu aku berdoa agar aku diberi peluang untuk hidup... aku insaf...

aku ingat lagi tahun lepas... hujan dan kilat sama sama kuat... bekalan elektrik sudah terputus... patang itu aku rasakan satu ketakutan... ketakutan pada kilat yang sabung menyabung... sesekali berdentum ke bumi... jantung aku rasa seperti ditarik-tarik... walaupun aku didalam bilik... aku dapat rasakan kilat itu mencari aku... aku insaf...

cuma selepas hujan berhenti... aku jadi seperti biasa... keinsafan hanyalah sewaktu hujan... dan aku harap keinsafan aku hari ini... selepas hujan lebat pagi tadi... keinsafan yang berterusan... selagi aku masih hidup...


>> h u j a n 3 - nikmat tuhan kepada makhluknya

masa aku kecil dulu... nenek selalu cakap... hujan itu anugerah Tuhan... hujan yang turun untuk membasahkan bumi... dengan hujan itulah manusia dapat dan semua makhluknya dapat hidup... hujan itulah yang menyuburkan tumbuhan... menyegarkan alam...

cuma 2-3 menjak ni aku terdengar istilah... hujan yang turun untuk mencuci dosa... hujan lebat yang membanjirkan kuala lumpur 3-4 lepas bertujuan mencuci kuala lumpur dari noda dosa penghuninya... itu pandangan sesetengah orang... pada aku hujan itu tetap turun macam biasa... ikut jadual yang ditentukan oleh-Nya... cuma pandangan manusia pada hujan berubah ikut masa dan keadaan...


>> h u j a n 4 - membuatkan aku rindu dengan kenangan indah

bila hujan turun... aku teringat masa kecil dulu... walaupun hidup sesorang tapi kebahagian itu ada bersama nenek... aku tahu susah senang nenek dan atuk jaga aku... aku akan balas jasa mereka...

bila hujan turun... aku teringat zaman sekolah rendah dulu... zaman yang penuh dengan keseronokan... tak payah nak fikir apa-apa... kalau boleh aku nak jadi kanak-kanak semula... boleh ketawa... boleh gelak-gelak... tapi aku kena terima hakikat... aku semakin dewasa... semakin banyak perkara yang terfikir dan perlu difikirkan... aku harap fikiran aku matang selari dengan usia aku...

bila hujan turun... aku teringat kenangan bersama group EXILE... walaupun aku masih baru ketika itu... namun hubungan kami seperti satu keluarga... hinggalah sekarang... aktiviti ke pulau redang gunung chamah gunung korbu menyambut tahun millennium 2000 bersama-sama... cuma sekarang memasing semakin sibuk dengan komitmen...

bila hujan turun... aku teringat detik-detik kejayaan dalam hidup... lulus peperiksaan... masuk universiti...

dan bila hujan turun pagi tadi... aku teringatkan dia




hosted by DiaryLand.com

-----------------------------------------------------------
khairul azmi kamaludin | catatan seorang budak hitam
gelap betul kat sini. orang kata kat tempat gelap ada banyak hantu.
cuma tak tahu sapa hantunya. ada sesetengah orang sudah mati tapi jasad masih hidup.
itu kes mati jiwa. putus chenta kot.