CATATAN SILAM
---------------------kembali ke permulaan----------------------

09 november 2002 - 615 pagi

HARAPAN RAMADHAN

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

syukur pada Allah atas nikmat-Nya... bertemu lagi kita dengan bulan Ramadhan bulan yang penuh keberkatan... rasa seperti baru sahaja kita melaluinya... selepas sebulan berpuasa kita akan menyambut raya pula... selama 24 tahun hidup ini... aku balik raya di pahang... jumpa dan cium tangan nenek... cuma kali ini sudah lain... nenek sudah pergi 3 bulan yang lepas... tangan siapa lagi yang harus aku cium... aku doakan semoga roh nenek diletakkan dikalangan kekasih Allah... amin


08 november 2002 - 1111 malam

TUKAR LAYOUT

sebab takde mende nak buat ari nie... aku dengan gatal tangannya tukar layout... keje kat opis tak banyak lagik... part aku dah okey dah cuma nak tunggu content dan create grafix... sabtu ahad nie keje... nak kena tido dulu... esok nak bangun sahur... selamat berpuasa pada semua...


06 november 2002 - 606 pagi

SELAMAT BERPUASA UNTUK SEMUA

2-3 hari nie sibuk dengan kerja... sebab nak kena antar 15 november nie... dan hari nie kita sudah mula berpuasa... selamat berpuasa untuk semua

terima kasih pada yang hadir ke gathering gengjurnal di taman klcc ahad lepas... dan maaf jika ada kekurangan dalam majlis tersebut... akan cuba dibaiki selepas ini...

terima kasih kepada tahrizi atas 3D award 2002 (design, development, deploy)

tahniah kepada semua yang menang award dan terima kasih pada semua... terima kasih pada semua yang hadir dan terus memberikan sokongan dari jauh... tak lupa untuk kak aquil yang sudi laminate tag siap potong sekali... tima kasih semua




hosted by DiaryLand.com

-----------------------------------------------------------
khairul azmi kamaludin | catatan seorang budak hitam
gelap betul kat sini. orang kata kat tempat gelap ada banyak hantu.
cuma tak tahu sapa hantunya. ada sesetengah orang sudah mati tapi jasad masih hidup.
itu kes mati jiwa. putus chenta kot.