06 februari 2003 - jam 1220 petang
KENYATAAN DALAM BERITA HARIAN BANYAK BERCANGGAH
sejak jumaat lepas... utusan malaysia sudah mengikut kes ini dengan fakta yang agak tepat... dan berita harian baru lagi... terdapat banyak kesilapan dalam berita yang dibuat oleh pihak bh...
petikan utusan malaysia
Bunuh: Polis tahan suami Norhanani bantu siasatan Norhanani may be a kidnap victim, says Kajang CID chief Polis siasat misteri 2 mayat wanita ditemui berdekatan Police confirm dead woman as Norhanani
petikan berita harian
Bekas suami mangsa bunuh direman Suami wanita mangsa bunuh ditahan Lagi mayat reput ditemui di Jalan Sungai Tekali
Sehubungan itu, bekas suami Norhanani yang menetap di Trolak, Perak, membuat laporan kehilangan mangsa sebelum mengenal pasti mayatnya di Bilik Mayat Hospital Kajang.
pembetulan:abg pian dan kak nani masih suami isteri sebab mereka tidak pernah bercerai... apa yg betul mereka tidak lagi duduk serumah...
“Malah, berdasarkan siasatan awal, kanak-kanak itu dipercayai berada bersama pembunuh ibunya lebih tiga hari, sejak mereka diculik, Selasa minggu lalu,” katanya ketika dihubungi, semalam.
pembetulan:naim dijumpai hari selasa jam 615 pagi... diserahkan ke balai polis batu 14... dijaga selama 2 hari oleh seorang sarjan iaitu pak ya di batu 14... hari khamis wartawan dipanggil dan jumaat naim dituntut oleh ayahnya...
05 februari 2003 - jam 212 petang
APSAL KENYATAAN BERCANGGAH PULAK
bila aku baca paper pagi tadi... jelas bahawa polis pasti mayat tersebut adalah mayat kak nani... ini berdasarkan kenyataan yg dibuat polis... cuma yang masalahnya... apsal polis tak kasi mayat tu dibawa balik... aku bukan apa... terseksa mayat kalau dibiarkan lama2... kena uruskan cepat2... takpelah... tengah tunggu perkembangan terkini...
05 februari 2003 - jam 11 pagi
petikan berita kat utusan 5 februari 2003 Polis siasat misteri 2 mayat wanita ditemui berdekatan
POLIS KATA... SELUAR MACAM TU RAMAI ORANG PAKAI
semalam abg limin, kak ina dan adik aku hani pegi rumah mayat kajang... pegi buat pengecaman sekali lagi... berdasarkan pengecaman... bolehlah dikatakan itu mayat kak nani... kitaorg cadang nak amik bawak balik... tapi doktor tak kasi lagik... dia nak konpomkan melalui ujian dna... polis pun kata... kalau setakat seluar atau baju... ramai lagi org kat malaysia nie pakai seluar baju macam tu...
apa yg polis kata tu betul la jugak... polis tu takut bila kita dah kebumikan mayat... ada orang lain tuntut... masalah jugak tu...
kalau nak bawak keluar... kena buat ujian dna dulu... nak buat ujian dna kena ada mak ayah dan anak dia... makcik pakcik balik dari mekah 18/2... buat dna... keputusan dna boleh diketahui 2 bulan lepas tu... itu yg pakar forensik selangor kasi tahu... hmmm... bukan apa... terseksa mayat dibiarkan macam tu... pada aku eloklah kebumikan ajek... cuma ada masalah jugak... takut memang betul itu bukan mayat kak nani... nanti pengesahan kematian dah dibuat... masalah lain pulak yang timbul... takpelah... sekarang nie berserah dulu... biar keadaan menentukan... siapalah kita untuk menghalang ketentuan Allah...
pagi tadi pun sedara mara dari kelantan dah berkumpul kat rumah... dah ramai kat rumah... kehadiran orang2 tersayang dan saudara-mara amat diperlukan pada masa sekarang... terima kasih pada semua yang memberi sokongan pada aku... terima kasih...
04 februari 2003 - jam 410 petang
BILIK MAYAT
tadi aku tipon hani... dia ada kat rumah mayat hospital klang... tengah menguruskan nak bawa keluar mayat... tak tahu la gi macammana... kalau sempat mungkin petang nie juga akan dikebumikan... kalau tidak mungkin esok ajek... tadi rena, sepupu aku mesej dari kelantan... dia kata keluarga kat sana akan datang petang nie... aku harap kehadiran diaorg akan memberikan kami semangat semula... kehadiran mereka amat diperlukan dalam situasi macam nie...
aku sebenarnya kesian dengan pakcik dan makcik aku... 2 tahun lepas mereka dah kehilangan seorang anak perempuan... dan sekarang hilang lagi seorang... terlalu banyak dugaan untuk mereka...
kadang2 aku jadi malu dengan diri sendiri... menggelabah bila diacah... terketar2 bila bila ditakutkan... takut dengan bayangan diri sendiri... tapi aku juga manusia biasa... aku akan menangis bila sedih... aku akan ketawa bila gembira... aku akan marah bila rasa dipermainkan... ntahlah... terlalu banyak yang aku pikirkan sekarang... cuma aku amat berharap kesabaran itu menjadi milik aku... kawan... aku mahu tersenyum semula...
04 februari 2003 - jam 1000 pagi
petikan berita kat utusan 2-3 hari lepas Kehilangan ibu Naim pula jadi misteri
YA ALLAH, BERILAH KEKUATAN KEPADA HAMBAMU INI
semalam aku pulang dari kerja sekitar jam 7 malam... sebenarnya banyak kerja yg perlu diselesaikan dipejabat... balik rumah mandi... terus ke ampang... menanti perkembangan terbaru... dlm pukul 10 lebih... abg limin dan kak ina balik kerumah... dar petang diaorg keluar... pegi buat pengecaman mayat yang baru ditemui...
selepas keadaan tenang skit... abg limin pun berceritalah pasal apa yang berlaku... dia kata masa pegi kat semenyih tu... mayat masih ada dlm gaung... polis minta dia cam... tapi dia kata takboleh nak cam... sebab jauh... kemudian dia balik dan bawa kak ina... sbb kak ina yang rapat ngan kak nani... tapi masa tu mayat dah takde... dah dibawa ke hospital kajang... pegi ke kajang dan buat pengecaman... abg limin sorang aje yg tengok... kak ina dah tak larat... kesian kat dia... abg limin kata 70 peratus memang betul itu mayat kak nani... berdasarkan rambut... seluar dan t-shirt yang dipakai...
masa tu nak menangis pun tak boleh... sebab dah penat menangis sebenarnya... sekarang nie cuma berserah pada Allah... aku percaya apa yang Allah aturkan tu ada maksud tersirat... cuma kita ajek yg tak paham... sbb aku pun sebenarnya sukar nak paham... takpelah... aku akan cuba jadi orang yang memahami...
cuma pada masa sekarang aku rasa sedih... aku rasa tiada sesiapa disaat aku kesedihan... takpelah... biarlah aku belajar menghadapai masa-masa sukar nie seorang diri...
sebenarnya takde sesiapa disini... mak ayah aku disabah... pakcik makcik aku iaitu makayah kak nani abg limin di mekah... yang ada cuma saudara jauh dan jiran sahaja...
insyaAllah petang nie selepas semua selesai... kami akan tuntut mayat tu... eloklah diuruskan secepat mungkin... aku tahu roh kak nani pasti sedih... disaat dikebumikan tiada siapa disitu... tiada mak ayah... takpelah... aku paham keadaan sekarang... tak boleh nak tunggu diaorg balik dari mekah... aku tahu betapa sedihnya hati ibu... hati ayah... bila anaknya meninggal dunia dlm keadaan begitu... itulah ketentuan tuhan... siapalah kita untuk menghalangnya... semoga kami semua tabah...
03 februari 2003 - jam 700 malam
RODA KEHIDUPAN DALAM MINGGU PENUH MASALAH
ye... bersama saya lagi... pengacara anda smiegol dalam rancangan roda roda kehidupan... kita sekarang berada dalam minggu penuh masalah... ye... satu minggu yang menguji diri kita... apa tindakan yang kita ambil... kadang2 kita selesaikan dengan mudah... dengan tergesa2... sepatutnya apa jua kita selesaikan dengan penuh hikmah... dengan penuh baik... itu yang sepatutnya... cuma kekadang masalah menjadikan kita orang lain... menjadikan kita lupa kepada diri sendiri... hmmmm... bak kata seorang napang... begitulah kehidupan... dan mulai hari ini aku akan cuba menghadapi apa jua masalah sebaik mungkin... aku akan cuba jadi orang yang sabar... aku akan cuba...
biarlah aku ceritakan sedikit masalah aku disini... supaya boleh dikongsi bersama... sebenarnya kisah ini terlalu kompleks dan boleh mendatang aib jika diceritakan kesemuanya terutamanya kepada kelaurga...
pada hari jumaat yang lepas... aku dah nak masuk tidur... tiba2 kak ana dah menjerit jerit macam kena histeria... apa yang berlaku pada kak ana... dia kena histeria ke ?? sebenarnya bukan... kak ana membaca suratkhbar utusan malaysia mengenai penemuan seorang kanak2 lelaki yang dikenali sebagai naim di sebuah kawasan pembuangan si sungai tekali... area semenyih... dijumpai oleh seorang cina yg dikenali sebagai angah... terima kasih pada angah... epi cny utk lu sekeluarga... hmmm... naim tu anak sepupu aku... cucu saudara mak aku... ya Allah semoga naim selamat... malam tu kami bergegas ke balai polis di ampang utk mendapatkan maklumat... dengan hasrat membawa naim pulang ke rumah... tapi kami terlambat kerana naim sudah dituntut oleh ayahnya... satu lagi masalah... sebab kami tak boleh biarkan ayahnya yang menjaga naim... kenapa tak boleh ?? tak boleh nak cerita la... nanti melibatkan aib keluarga... biarlah sahaja... yang penting sekarang naim selamat...
persoalannya sekarang... dimana sepupu aku tu... nama dia kak nani... dimana kak nani... sehingga ke hari nie dah masuk 6 hari kak nani hilang... kami sekeluarga dah risau sangat... mak ayah kak nani tiada disini kerana menunaikan ibadah haji... aku tahu mesti diaorg risau... maklumlah anak perempuan sorang ajek... setiap masa terlalu lambat rasanya... dan semalam antara hari yang paling menguji hidup kami... polis memberitahu menjumpai mayat seorang wanita tidak jauh dari kawasan naim ditemui... bederau darah masa tu... tuhan aje yang tahu...
aku tak berani nak kata itu mayat sepupu aku... aku tak nak tahu itu sepupu aku... kami tak nak tahu... sekarang pun masih menunggu ujian dna... mak ayah aku pun takde kat sini skang... pegi sabah uruskan pendaftaran kak ana kat kota kinabalu... aku kena balik sekarang... baru tadi adik aku et telefon... dia kata ada satu lagi penemuan mayat kat semenyih... cuma kali ini betul2 dikawasan naim ditemui... kawan2... aku harap korang dapat doakan kak nani aku selamat... aku kena kuat... terlalu banyak dugaan sebenarnya... itu sebahagian sahaja... cuma aku mahu hadapinya semua sebaik mungkin... doakan aku... temanilah aku dimasa sukarku... terima kasih kawan
mmm... kalau korang perasan berita nie dah dipaparkan kat utusan melayu sejak jumaat lalu...
Hitam Putih Masa Depan
Lihatlah sekitar alam Dunia luas terbentang Langit tinggi kebiruan Pohon-pohon kehijauan Hembusan bayu yang menyegarkan
Dengarkan di sana-sini Beburung riang menyanyi
Berbunga aneka warna Sumber kedamaian jiwa Mensyukuri nikmat Maha Esa
Begitu berharga kehidupan ini Bagi mereka yang tahu menghargai Mengapa terdorong oleh perasaan Kalau turutkan hati diri menjadi korban
Tiada yang dapat lari dari masalah diri Hadapi lah dengan tenang Tiap cabaran yang datang Atasinya dengan keimanan
Sekadar buat renungan Untukmu teman tersayang Hitam putih masa depan Sendirian menentukan Hidup ini usah persiakan
teman... setiap hari aku merindui dirimu
|