04 jun 2002 - jam 1006 pagi
ini entry pertama aku dibulan jun ini masuk bulan ke-empat aku bergelar jutawan... opsss... bergelar penanam anggur... insyaAllah dalam masa terdekat nie aku akan cari kerja... aku risau kalau ada orang risau aku takde kerja... rezeki tu ada... cuma aku yang masih kurang usaha... yelah... lepas nie aku usaha la... [sambil tangan diangkat seperti ikrar pengakap] dan dalam tempoh penggangguran nie terlalu banyak yang berlaku dalam hidup aku... dan semuanya berlaku terlalu pantas... banyak mende yang tak dijangka terjadi... apa pun semua ini ketentuan Tuhan... tak pernah terlintas dihati jauh sekali untuk merancang... aku percaya semua yang berlaku ada hikmahnya.... kehidupan perlu diteruskan... semoga apa yang berlaku semalam jadi pengalaman dan kenangan pada kita... pengalaman yang berharga... semoga sinaran matahari semakin bersinar... begitu juga kehidupan ini... yang terjadi biarlah terjadi kerana aku percaya ini semua ketentuan Ilahi doakan aku berjaya dalam kehidupan ini
|