2002-07-09 - 11:21 a.m.
teman
sebentar lagi aku akan keluar dari kuala lumpur... menuju ke satu daerah diutara... daerha yang selalu aku lalu cuma belum sempat singgah... cuma kali ini aku akan menetap sementra... ---------------------------------------- Okeh, mie telah pon bertolak ke Utara seawal pagi tadi. Jadi aku telah diberi mandat untuk tolong mengapdetkan jurnal dia sepanjang ketiadaan dia...:)... kepada peminat-peminat MIE..harap kaber-kaber sket kerinduan tu yek? Tak lama pegi tu...lagi pon mie pegi berjuang untuk agama, bangsa dan negara...heh... Okeh lupakan pasal MIE..biarkan dia pergi ke sana..meh baca tentang aku plak. :) Beberapa hari ini, aku hidup dalam kegelapan. Bukan aku dah buta..tapi aku saja tidak mahu bukak lampu bilik. Lebeh-lebeh lagi sekarang ni, roomate aku takde, so aku lepak bilik sorang-sorang. Bilik tu menjadi gelap bila tak selak langsir tingkap. dan bertambah gelap bila tibanya waktu malam. Saja aku biarkan lampu tidak terpasang. Aku hanya bukak bila hendak solat saja. Lain daripada itu, aku baring membisu di atas katil dengan mata terkebil-kebil. Alangkah tenangnya waktu itu. Hahaha, tenang ke? Tenang ke aku sehari dua ini? Hahahaha! Mana mungkin aku tenang bila asyik teringatkan malam hampeh itu? Malam Hampeh? Sepanjang aku dan dia berkawan, aku rasa dah banyak perkara hampeh yang dia buat pada aku. Tapi malam itu, dia berjaya buat aku manusia yang paling hampeh dalam dunia ini. Dan aku hampir-hampir hilang percaya pada dia. Hampir-hampir hilang atau sudah hilang terus? Entah, otak tidak mampu untuk membuat pertimbangan sekarang ini. Elleh, pedulilah kan? Sekali dia buat aku macam hampeh...seribu kali aku boleh buat dia macam hampeh...HUH! Okeh dah...nak buat kerja.. Sekadar Penulis Tamu
|